Institut Pengurusan Peladang Langkawi
Wednesday, April 7, 2021
Tuesday, April 6, 2021
Monday, April 5, 2021
IPP Langkawi
Selamat Datang ke IPP Langkawi
Institut Pengurusan Peladang (IPP) Langkawi merupakan salah sebuat pusat latihan di bawah pengurusan Lembaga Pertubuhan Peladang. IPPL memberi perkhidmatan sewaan kepada agensi-agensi luar sama ada awam atau swasta untuk menganjurkan kursus. Ia terletak di tengah pusat bandar Langkawi yang berkeluasan 2.25 ekar dan dihubungkan dengan jalan raya utama ke kawasan strategik seperti terminal feri, lapangan terbang, serta kawasan perlancongan sekitar Pulau Langkawi.
Strategi Pengurusan IPP
• Menyediakan
latihan pengurusan secara berkala dan sepenuh masa untuk para peladang dan ahli
lembaga pertubuhan peladang.
• Menganjurkan
seminar, forum dan kursus berkaitan sektor perladangan pada peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
• Menyediakan kemudahan penginapan untuk orang perseorangan, kumpulan dan syarikat pada kadar sewa yang berpatutan. Kemudahan tersebut mencukupi semua kemudahan yang terdapat di IPP.
Kemudahan IPP
• Kemudahan
wi-fi.
• Ruang
legar yang luas dan selesa untuk istirehat dan menonton tv.
• Dewan
seminar/mesyuarat yang boleh menempatkan 50-100 orang dalam satu masa.
• 4
bilik bengkel yang boleh menempatkan 25-50 orang bagi satu bengkel dalam satu masa
mengikut jenis susunan.
• 8
jenis bilik penginapan yang boleh menempatkan 250 orang dengan kadar sewa yang
berpatutan.
• Sebuah
kafeteria.
• Surau
lelaki & perempuan.
• Parking
kenderaan.
• Ruang
menunggu untuk vvip.
• Kemudahan
dobi.
• Bilik
seterika.
• Perkhidmatan
urutan tradisional.
• Perkhidmatan lawatan tempat bersejarah & menarik di Langkawi.